Assalamualaikum buat pembaca yang setia....


Dreams Of Love

As a child love was real
Family was there for you
As the world we had to deal
Love was not so very true

Wanting to spread our wings
To find a family of our own
Love was what filled our dreams
Most of the time spent alone

Dreams of love did seem true
But always ended in such pain
Never knowing when or even who
Would give us the love again

Maybe these dreams are in vain
But I believe in our love
Hoping I will never hurt again
Praying to my God above

So I believe as the child
That love is for real
My heart I will never hide
Always open to feel

Dreams of love I still believe
As I need all your love
My love to you may you receive
Dreams revealed with a hug

"Doing something wrong from a moral or material standpoint is not the
only meaning of temptation. Forgetting your soul by becoming too
engrossed in the body and its comforts is temptation."


Ahlan wasahlan
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh
buat pengunjung blog Nisa' Sepang,

Alhamdulillah, syukur dipanjat Ilahi Nisa' Sepang terus gagah membawa misinya dengan bermacam-macam aktiviti yang telah dilaksanakan,dan juga beberapa program yang bakal dilaksanakan, InsyaAllah. Sama-sama kita doakan moga kita dapat bersama dalam program-program Nisa' yang akan datang dan seterusnya membangun generasi solehah dalam kalangan masyarakat.

Pada 4 April 2010 bertempat di Pantai Morib Baru AJK Nisa' Sepang dapat bersama dalam rehlah gembira dan sillaturahim.

Kesemua kereta berkumpul di Petronas Olak Lempit kira-kira jam 10.45 pagi. Antara yang sertai Kak Shahidah, Kak Yuzilawati, Kak
Azizah, Kak Syahizah, Kak Sabarina, Kak Hamnah, Ruqaiyah. Singgah di Pekan Banting untuk menyelesaikan beberapa urusan. Meneruskan perjalanan ke Pantai Morib Baru. Berkonvoi 3 kereta, tiba di Pantai Morib Baru kira-kira jam 11.45pagi & berjumpa dengan Kak Nurwani di Pantai Morib Baru.

Setibanya di Pantai Morib Baru,dengan berbekalkan bekalan, masing-masing membuka untuk santapan semua;


Kak Hamnah: dengan dapur, kuali, minyak masak serta bahan2 untuk digoreng: nudget, kentang goreng & keropok lekor..nyum..nyum..makan panas2...

Kak Azizah: Air kotak dalam cooler..penyejuk tekak kami yang kepanasan tengahari tu..


Kak Shahidah: Kek & Jagung rebus..meraikan sahabat2 AJK Nisa' yang dah banyak bertungkus lumus menjayakan program di peringkat cawangan, kawasan & negeri selama ini.

Kak Syahizah: Rojak buah..pelengkap menu rehlah kami

Kak Sabarina: Kek pisang & buah anggur yang sedap..Alhamdulillah

Kak Yuzi: 3 orang penyeri rehlah :D


Acara rehlah dimulakan dengan pemotongan kek oleh semua AJK Nisa' Sepang

Seterusnya serangan terhadap semua makanan telah dilancarkan,semua orang yang kelaparan telah menyerang, menyerang, dan terus menyerang. Serangan utama tertumpu kepada nudget, kentang goreng & keropok lekor yang fresh from kuali. Diselang selikan dengan air sejuk fresh dari peti ais bergerak :)

Walaupun sedang berehlah, AJK Nisa' Sepang tetap komited membincangkan perancangan seterusnya bagi perjalanan Nisa' Sepang.

Jam 1ptg, Kak Sabarina mohon undur diri untuk ke Kajang bagi memenuhi jemputan perkahwinan kawan beliau.

Acara rehlah AJK Nisa' Sepang berakhir secara rasmi pada jam 1.50ptg dengan sesi fotografi serta bacaan tasbih kafarah & surah al-'Asr. Ketiga-tiga kereta berkonvoi pulang melalui Pantai Kelanang.

Walaupun ringkas, tetapi tetap meninggalkan kenangan yang indah.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..


Ya Allah, semoga ukhuwwah yang dibina di atas cinta-Mu ini kekal abadan abada. Chaiyok! Chaiyok! Nisa' Sepang! Terus istiqamah di jalan dakwah ini. Ameen...

Nantikan program Nisa' Sepang yang seterusnya!... Ana Nisa' II

Sekian, Wallahu a'lam..