Assalamualaikum buat pembaca yang setia....


Dreams Of Love

As a child love was real
Family was there for you
As the world we had to deal
Love was not so very true

Wanting to spread our wings
To find a family of our own
Love was what filled our dreams
Most of the time spent alone

Dreams of love did seem true
But always ended in such pain
Never knowing when or even who
Would give us the love again

Maybe these dreams are in vain
But I believe in our love
Hoping I will never hurt again
Praying to my God above

So I believe as the child
That love is for real
My heart I will never hide
Always open to feel

Dreams of love I still believe
As I need all your love
My love to you may you receive
Dreams revealed with a hug

"Doing something wrong from a moral or material standpoint is not the
only meaning of temptation. Forgetting your soul by becoming too
engrossed in the body and its comforts is temptation."

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan & keindahan taqwa kepada Allah..
Hiasailah wajah mu dengan titisan wudhuk ...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki & lelaki tidak melihat kepadanya.

sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.....
umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,

Wanita solehah yang taat & patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun. ....ianya memerlukan pengorbanan & mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada .......

sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu , yang penting engkau mempunyai azam, usaha & istiqomah. ........

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.... seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu. ...

Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita "

berpandukan lah pada Al-Quran & Sunnah untuk setiap langkah & tindakanmu
jangan biarkan orang lain mengeksploitasi kan dirimu untuk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid & mujahidah yang bisa mengongcangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu....
Jawapannya: YA. Setiap anak berhak malah wajib menegur kesilapan yang dilakukan oleh ibu atau bapa mereka. Walaupun anak-anak tidak menanggung dosa akibat perbuatan ibu atau bapa mereka (tidak seperti bapa yang turut bertanggungjawab ke atas doa anak-anaknya jika tiada inisiatif daripada si bapa untuk mengubah kelakuan si anak – contoh: bapa turut sama menanggung dosa anak perempuan yang mendedahkan aurat jika si bapa tidak pernah melarang kelakuan tersebut), anak-anak tetap bertanggungjawab untuk membawa ibu dan bapa ke jalan yang diredhai Allah. Membiarkan kelakuan yang menyalahai batasan agama berlaku adalah sama seperti menerimanya dan si anak akan turut sama menanggung dosa bersubahat, nauzubillah. Jika anak-anak tidak berdaya menegur, cukuplah sekadar membenci kelakuan tersebut (bukan bencikan ibu atau bapa yang melakukan kesalahan) dan kebencian itu tandanya anda tidak bersubahat dan anda terlepas daripada turut sama menanggung dosa.

Persoalannya, sejauhmanakah daya seorang anak diambil kira? Terdapat dua daya usaha yang boleh dilakukan oleh seorang anak iaitu menegur sendiri dan meminta orang lain menegur ibu bapa. Jika berkemampuan untuk menegur sendiri, tegurlah dan nasihatlah secara baik, bukan menyindir atau melenting. Ingat!!! Sejahat mana pun ibu dan ayah anda, anda tetap wajib menjaga tutur dan tingkah laku anda, jangan sampai anda menjadi anak yang derhaka. Jika tidak mampu menegur secara terus atau teguran anda gagal mengubah sikap ibu bapa anda, cubalah berikan bahan-bahan bacaan yang menyatakan tentang tegahan atau larangan mengenai perlakuan salah ibu bapa. Anda juga boleh dengarkan kaset-kaset atau pita yang berkaitan ketika ibu bapa anda berada bersama. Cara ini lebih praktikal berbanding bahan bacaan kerana bimbang bahan bacaan tersebut terbiar tanpa disentuh oleh ibu bapa anda.

Sebagai anak, anda boleh menegur dan menasihati ibu bapa anda secara baik, berdiplomasi dan berhikmah. Andai masih tetap gagal atau tidak berdaya menegur sendiri, carilah seseorang yang anda yakin boleh dipercayai dan mampu menegur sikap ibu bapa anda, contohnya datuk atau nenek anda. Tidak ada salahnya juga anda memohon bantuan rakan-rakan baik ibu bapa anda.

Selain daripada teguran berterus terang, anda juga boleh ‘psiko’ mental ibu bapa anda. Caranya, luahkan segala isi hati anda di dalam sepucuk surat. Titipkan segala apa yang anda kurang suka (jangan gunakan istilah tidak suka kerana secara psiko, ianya boleh melambangkan anda membenci perlakuan mereka. Jangan luahkan kebencian tetapi luahkan rasa tidak senang. Kebencian akan membuatkan ibu bapa merasa anda cuba untuk mengajar mereka). Luahkan apa harapan anda kepada mereka.

Anda boleh lakukan pelbagai cara dengan lembut dan berhikmah kerana ibu bapa tidak boleh ditegur dengan kekerasan. Yang penting, jangan cepat putus asa dan jangan membenci ibu bapa anda. Kesilapan takkan boleh diubah dengan membenci pelakunya.

Paling penting, jangan lupa berdoa. Walau dalam apa keadaan sekalipun, mohon pada-Nya agar Allah memudahkan segala urusan anda. Mohon juga agar Allah melembutkan hati ibu bapa anda agar mereka kembali ke jalan yang diredhai, agar hidup anda sekeluarga lebih diberkati dan bahagia, insyaAllah. Amin!!
Perit nak menghadapi ketentuan dan dugaan dari Allah.
 aku pasrah dan terima dengan hati yang merintih.
 aku redha dengan ketentuan NYA.
 selama enam tahun aku merintih.
menanggis sendiri.
hanya luaran ku ukirkan senyuman agar tiada siapa yang tahu.
aku ketawa untuk melepaskan rasa sedih yang teramat sangat dalam diri.


Tiada lagi airmata yang mengalir.
ku tetapkan diri diatas sejadah.
agar aku kuat menjalani dugaan ini.
namun, hati seorang insan yang lemah ini.
adakah mampu menepis setiap airmata yang bercucuran.
kini aku menanggis hanya disisi Allah.
aku puas. walaupun hanya berteman kan sepi disekelilingku.
tapi aku yakin hanya ini jalan untuk aku memikirkan sesuatu yang sebaik-baiknya.


Aku menahan airmata ini dari jatuh lagi.
tapi aku tak mampu.
terasa sebak dan hiba bila aku mengenangkan kehidupan aku semasa bergelar 'ISTERI'
keadilan dalam perhubungan. hambar. aku penuhi segala kekurangan dalam hubungan.
aku kawal perasaan terkilan dan kecewa dalam diri seorangan.
aku tak mahu hampakan perasaan orang yang telah memiliki diri ini. Walaupun pada mulanya sukar aku untuk menerima yang aku telahpun bergelar Isteri pada seseorang,
 dan inilah KETENTUAN dari Allah.


Mengapa ini yang harus aku terima??
 adakah keadilan dalam diri.
semalam ku menerima satu noktah.


"apa maksud org kata saya xpandai jaga bini??!
salah saya org nampak..xtau yang laki ni bergadai nyawa demi memenuhi segala tuntutan ISTERI apa yang laki buat.
semua xpernah dihargai hanya ucapan dibibir tapi bukan di hati.""

Aku tak mampu untuk memahami segalanya apa yang diberikan padaku.
sesungguhnya aku bersyukur dengan pemberian Allah padaku. Aku memahami dan sentiasa memahami dengan situasi kepayahan dia suamiku.
tapi dia yang tidak memahami apa yang aku rasakan. Aku kaburkan kepayahan ku,
 hanya semata-mata ingin mengecapi bahagia bersama. Aku sering mengingatkan dia.

"bila kamu susah. aku turut susah."

 tapi mengapa kata-kata yang dia berikan padaku masih itu lagi yang diungkapkan.
seolah-olah aku memang tidak memahami dirinya dan kepayahanya. adakah adil untukku??

 Ya Allah.
walaupun begitu dengan senafas aku mengatakan.

"terima ini dengan seiklas-iklasnya" .

kerna mungkin ini Hikmah dari Allah.

"

makin aku ingin menahan airmata ini lagi jatuh mengalir.
aku tak pernah membanggakan diri.
hanya dengan keputusan yang kubuat hanya kerna

 "hati telah berkecai. hancur. luluh."

 dengan setiap cara dan pertuturan yang dilemparkan padaku selama menjadi isteri.
 Aku penuhi kehendak apa yang sepatutnya aku jalankan sebagai seorang isteri.

 membantu. mengemas, memasak, melayan anak-anak, dan karenah suami,
 walaupun aku bekerja. semua itu tak pernah aku lupakan.
 kesana sini aku sentiasa bertutur yang aku adalah "isteri."

 Aku teramat  merindukan belaian mesra yang pernah ku perolehi dulu.
 tapi ianya hilang entah kemana?


Cuma, kini aku berani bersuara aku dah tak mampu memendamkan dengan apa yang terjadi pada ku selama ini.
aku lemah. dan aku sendiri melayan hakikat ini. sedih. pilu. gelisah. semua aku lalui.
Pada hakikatnya bukan ini yang aku mahukan tapi ianya tetap berlaku.
aku tetap redha.  dan aku  tak akan putus asa begitu sahaja.

Ku berharap agar Allah tahu apa yang aku buat ini,
 hanyalah kerna aku mahukan keadilan. bertapa aku memerlukan seseorang yang benar-benar aku kasihi.
tapi aku tidak milikinya. aku cuba untuk perbetulkan keadaan walaupun hati ini dan hancur luluh.

 tapi aku cuba kali ini aku gagal dengan perasaan sendiri.
 diri ini sendiri marah dengan sikap sendiri.
Abukan kerna aku mengikuti kata hati tapi terlalu lama untuk aku merasakan kekecewaan ini.


Aku tak mampu menjadi SEKUAT SITI HAJAR.
 aku hanya insan dan muslimah yang hanya mampu berserah.
dan bila hati sudah tidak sekuat lagi aku terpaksa melangkah pergi.
aku terpaksa membuat keputusan ini Demi anak-anak yang masih kecil.
Banyak perkara yang perlu aku fikirkan.
dan biarlah keputusan ini menjadi pengalaman aku dan erti BERUMAHTANGGA.

 aku akan berhenti menanggis. aku akan kuatkan diri ini dengan tawakal ku hanya pada ALLAH.

 insya Allah.

TENTANG NISA'
Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan.
NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.

MISI NISA'
NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan.

KEAHLIAN NISA'
Wanita berusia 15 - 40 tahun

LOGO DAN SLOGAN NISA'
Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Logo NISA'


Logo NISA' ini direka khusus bagi menggambarkan imej terkini dan perubahan NISA'. 

Huruf "N" pada logo bukan sahaja melambangkan nama NISA', malahan ia membawa maksud "New" ataupun "Baru" dari sudut pendekatan dan idea baru untuk generasi muda. 

Warna kelabu menggambarkan impian NISA' untuk menjadi sebuah organisasi profesional bagi golongan muda yang terbilang.

Warna ungu pula mewakili imej baru NISA' yang ceria, segar, serta 'loving and caring' terhadap generasi muda. 

Latar belakang yang berbentuk bulatan menggambarkan matlamat NISA' yang ingin meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.