Assalamualaikum buat pembaca yang setia....


Dreams Of Love

As a child love was real
Family was there for you
As the world we had to deal
Love was not so very true

Wanting to spread our wings
To find a family of our own
Love was what filled our dreams
Most of the time spent alone

Dreams of love did seem true
But always ended in such pain
Never knowing when or even who
Would give us the love again

Maybe these dreams are in vain
But I believe in our love
Hoping I will never hurt again
Praying to my God above

So I believe as the child
That love is for real
My heart I will never hide
Always open to feel

Dreams of love I still believe
As I need all your love
My love to you may you receive
Dreams revealed with a hug

"Doing something wrong from a moral or material standpoint is not the
only meaning of temptation. Forgetting your soul by becoming too
engrossed in the body and its comforts is temptation."

Jawapannya: YA. Setiap anak berhak malah wajib menegur kesilapan yang dilakukan oleh ibu atau bapa mereka. Walaupun anak-anak tidak menanggung dosa akibat perbuatan ibu atau bapa mereka (tidak seperti bapa yang turut bertanggungjawab ke atas doa anak-anaknya jika tiada inisiatif daripada si bapa untuk mengubah kelakuan si anak – contoh: bapa turut sama menanggung dosa anak perempuan yang mendedahkan aurat jika si bapa tidak pernah melarang kelakuan tersebut), anak-anak tetap bertanggungjawab untuk membawa ibu dan bapa ke jalan yang diredhai Allah. Membiarkan kelakuan yang menyalahai batasan agama berlaku adalah sama seperti menerimanya dan si anak akan turut sama menanggung dosa bersubahat, nauzubillah. Jika anak-anak tidak berdaya menegur, cukuplah sekadar membenci kelakuan tersebut (bukan bencikan ibu atau bapa yang melakukan kesalahan) dan kebencian itu tandanya anda tidak bersubahat dan anda terlepas daripada turut sama menanggung dosa.

Persoalannya, sejauhmanakah daya seorang anak diambil kira? Terdapat dua daya usaha yang boleh dilakukan oleh seorang anak iaitu menegur sendiri dan meminta orang lain menegur ibu bapa. Jika berkemampuan untuk menegur sendiri, tegurlah dan nasihatlah secara baik, bukan menyindir atau melenting. Ingat!!! Sejahat mana pun ibu dan ayah anda, anda tetap wajib menjaga tutur dan tingkah laku anda, jangan sampai anda menjadi anak yang derhaka. Jika tidak mampu menegur secara terus atau teguran anda gagal mengubah sikap ibu bapa anda, cubalah berikan bahan-bahan bacaan yang menyatakan tentang tegahan atau larangan mengenai perlakuan salah ibu bapa. Anda juga boleh dengarkan kaset-kaset atau pita yang berkaitan ketika ibu bapa anda berada bersama. Cara ini lebih praktikal berbanding bahan bacaan kerana bimbang bahan bacaan tersebut terbiar tanpa disentuh oleh ibu bapa anda.

Sebagai anak, anda boleh menegur dan menasihati ibu bapa anda secara baik, berdiplomasi dan berhikmah. Andai masih tetap gagal atau tidak berdaya menegur sendiri, carilah seseorang yang anda yakin boleh dipercayai dan mampu menegur sikap ibu bapa anda, contohnya datuk atau nenek anda. Tidak ada salahnya juga anda memohon bantuan rakan-rakan baik ibu bapa anda.

Selain daripada teguran berterus terang, anda juga boleh ‘psiko’ mental ibu bapa anda. Caranya, luahkan segala isi hati anda di dalam sepucuk surat. Titipkan segala apa yang anda kurang suka (jangan gunakan istilah tidak suka kerana secara psiko, ianya boleh melambangkan anda membenci perlakuan mereka. Jangan luahkan kebencian tetapi luahkan rasa tidak senang. Kebencian akan membuatkan ibu bapa merasa anda cuba untuk mengajar mereka). Luahkan apa harapan anda kepada mereka.

Anda boleh lakukan pelbagai cara dengan lembut dan berhikmah kerana ibu bapa tidak boleh ditegur dengan kekerasan. Yang penting, jangan cepat putus asa dan jangan membenci ibu bapa anda. Kesilapan takkan boleh diubah dengan membenci pelakunya.

Paling penting, jangan lupa berdoa. Walau dalam apa keadaan sekalipun, mohon pada-Nya agar Allah memudahkan segala urusan anda. Mohon juga agar Allah melembutkan hati ibu bapa anda agar mereka kembali ke jalan yang diredhai, agar hidup anda sekeluarga lebih diberkati dan bahagia, insyaAllah. Amin!!

0 comments:

Post a Comment